Rabu, Januari 28, 2009

Biarkan Autoresponder Bekerja Untuk Anda!


Autoresponder adalah perisian/program yang menerima pendaftaran prospek / pencari peluang menjana pendapatan secara online atau perniagaan dsb. Prospek akan memasukkan nama dan emel masing-masing dan Autoresponder akan mengirimkan maklumat berkaitan program yang disertai oleh pemilik Autoresponder secara berkala (tempoh waktu tertentu).
 
Pemilik Autoresponder cuma perlu senaraikan semua program yang disertai untuk dipromosikan oleh Autoresponder secara automatik.
 
Ini adalah cara bagi mengelak perbuatan SPAM kerana autoresponder hanya akan mengirimkan emel kpd mereka yang memasukkan nama & emel secara sukarela bagi mendapatkan maklumat.
 
Program ini telah lama digunakan di negara barat dan di negara kita, masih tak ramai yang menggunakan Autoresponder peribadi sebegini melainkan yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan emel seperti yahoo atau gmail.
 
Dengan kata mudah, Autoresponder akan mengumpul nama dan emel prospek ke dalam satu database, membina list kiriman dan akan menghubungi prospek mengikut jangkamasa yg ditetapkan secara automatik.
 
Denga autoresponder, kita dapat mengumpul nama & alamat emel prospek secara sah dan penggunaannya tidak dianggap sebagai SPAM.
 
Wallahu'alam..

Tiada ulasan: