Sabtu, November 22, 2008

Setahun Bersama PerigiDuit

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera kepada para pengunjung,

Pada 23.11.2008 ini, genaplah setahun saya menyertai Program PerigiDuit. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana usaha yang bermula dengan modal sekecil RM50 untuk pembelian e-books serta SATU akaun jualan semula (reselling), pendapatan terkumpul saya telah mencecah empat angka.

Setelah bersama Program Reselling e-book PerigiDuit ini selama setahun dan berpeluang mencuba serta membandingkan dengan pelbagai program lain, PerigiDuit mempunyai kelebihan tersendiri.
  1. Memenuhi tuntutan syarak, ada e-produk halal yang dijual-beli.

  2. Tiada sebarang paksaan dalam urusan-jual beli. Willing buyer, willing seller.

  3. Tiada syarat paksaan untuk mengekalkan jualan bulanan.

  4. Modal rendah dan tiada risiko kerana kita membeli produk (e-book) dengan harga RM50.

  5. Selain menerima produk e-book, pembeli diberi satu akaun dan lesen untuk membuat jualan semula, di mana setiap akaun berpotensi menjana pendapatan sehingga RM64,800.

  6. Tiada ruang untuk penipuan, penyelewengan atau manipulasi oleh mana-mana pihak. Ini kerana urusan jual-beli dilakukan terus antara pembeli dan penjual. Wang pembelian dimasukkan terus ke akaun bank penjual (Top Reseller), tanpa perlu dimasukkan ke e-wallet atau ke akaun admin seperti kebanyakan program lain. (bayaran melalui e-wallet & bayaran melalui akaun admin berisiko wang tidak boleh dikeluarkan atau pun diselewengkan)

  7. Admin hanya bertindak mengaktifkan akaun pembeli yang mengemukakan bukti pembayaran. Selain admin, Top Reseller juga boleh mengaktifkan akaun pembeli. 
    .
  8. Program ini TIDAK tergolong dalam 94% Perniagaan Internet yang GAGAL pada tahun pertama. Ini kerana program PerigiDuit ini telah dimulakan sejak Mei 2007 dan masih kekal hingga sekarang. (Klik link berkenaan untuk melihat sama ada anda layak mengeluarkan modal RM50 untuk menyertai program PerigiDuit ini atau pun tidak!)

Bagaimana saya boleh berjaya mencapai tahap Top Reseller?

Ketika saya mula-mula menyertai program ini, saya tidak ada apa-apa panduan daripada mana-mana pihak selain apa yang dapat dibaca di lamanweb PerigiDuit. Saya daftar dan aktifkan satu akaun, kemudian lakukan promosi dan pengiklanan untuk mendapatkan downline. Saya gunakan masa untuk membaca dan memahami perjalanan program ini.

Kalau mahu menerima bayaran, kena mencapai tahap Top Reseller. Jadi, bagaimana hendak menjadi Top Reseller? Jawapannya saya temui di http://www.perigiduit.com/details.php.

Setelah membaca dan memahami penerangan di situ, rupa-rupanya mudah sangat hendak menjadi Top Reseller. Tidak perlu pun mencari ratusan downline! Diri sendiri pun boleh jadi downline untuk melonjakkan kedudukan akaun pertama (http://www.perigiduit.com/?ref=gading) ke tahap Top Reseller! Betul-betul seperti A-B-C-D yang diterangkan!

Jadi, selepas itu, saya lakukan pembelian kedua di bawah akaun pertama saya. Bayaran ke akaun Top Reseller yang sama seperti pembelian pertama, yang saya pun tak kenal siapa. Gasaklah. Sekarang akaun pertama saya dah naik setingkat. Saya lakukan pembelian ketiga di bawah akaun kedua dan masih membayar ke Top Reseller yang sama! Saya lakukan hingga ke akaun kelima! Kali ini, saya kena buat pembayaran ke Akaun Pertama saya yang telah berada di tahap Top Reseller! Ohhhh macam tu..... tak perlu dapatkan orang lain. Cuma perlukan RM200 (RM50 x 4 Level), dah boleh jadi Top Reseller.

Saya teruskan promosi dan iklankan akaun ke-4. http://www.perigiduit.com/?ref=gading3. The rest is history.... Akaun gading, gading1 dan gading2 dan gading3 kini kesemuanya telah mencapai tahap Top Resellers yang telah menjana pendapatan terkumpul sehingga 4-angka. Modal kira-kira RM350 iaitu RM200 untuk membeli 4 akaun bertingkat dan RM150 untuk kos iklan dan promosi selama beberapa bulan. Sehingga kini, memperolehi 10 kali ganda daripada itu, amat-amat berbaloi, apatah lagi akaun-akaun berkenaan masih terus aktif dan menerima pembeli untuk beberapa bulan dan tahun yang akan datang.

Sebenarnya setiap akaun cuma boleh ada 6 direct downlines, jadi mereka yang awal menyertai saya turut menerima limpahan (spillovers).

Saya dapati di bawah rangkaian gading @ perigiduit ini, ramai peserta yang telah menemui kaedah berkenaan. Semakan terakhir ialah sebanyak 14 akaun telah mencapai tahap Top Reseller- sila rujuk di senarai sebelah kiri. Mereka cuma perlu lakukan promosi berterusan dan setiap hasil penjualan menjadi hak mereka 100%. Dan mereka akan memperoleh prospek pendapatan pada setiap level yang mereka miliki!

Begitulah yang telah berjaya saya lakukan dan pada masa yang sama membantu menaikkan kedudukan downlines saya. Ramai yang telah menerima downlines spillovers percuma, tapi bukankah lebih baik kalau kita sama-sama berusaha.

Maka, tentukanlah sendiri sama ada hendak memperolehi pendapatan 3-angka, 4-angka atau 5-angka.

Sekiranya Sdra/Sdri berhasrat menjejaki kami, bolehlah lakukan seperti apa yang telah kami lakukan. Kalau tidak dilakukan sekali gus, mungkin boleh secara beransur-ansur, sebulan aktifkan satu akaun tambahan hingga akaun pertama mencapai tahap Top Reseller. Pandai-pandailah. Saya dan yang lain-lain dah buka jalan.

Dan setiap akaun yang aktif tidak ada tempoh luput selagi tidak mencapai tahap jualan sebanyak RM64,800, InsyaAllah. Akaun-akaun berkenaan tidak akan hilang tetapi berpotensi menjana pendapatan sampingan untuk jangkawaktu yang lama. Lagi pun, pengguna internet makin bertambah, bukan berkurangan. Lakukan sedikit usaha.

Yang ingin menyertai, sila klik:
http://www.perigiduit.com/?ref=gading3

Akhirkata, saya berpesan kepada semua dan kpd diri saya sendiri, jangan lupa membayar zakat (sekiranya telah mencapai haul & nisab, jika tidak, lakukan sedekah kepada yang memerlukan. InsyaAllah, bertambah berkat rezeki yang kita perolehi). Kita kena selalu ingat, sebahagian wang yang ada dalam poket kita itu, sebenarnya adalah milik orang lain yang diamanahkan Allah kpd kita. Wassalam.

Sila bacaBenarkah Internet Boleh Buat Duit?

Untuk menjenguk semula ke sini: Google saja: perigiduit pilih & klik Gading @ PerigiDuit....

Ahad, November 16, 2008

Penilaian terhadap program menjana pendapatan di Internet


Assalamualaikum para pengunjung,

Telah hampir setahun saya membuat pelaburan dalam pelbagai program menjana pendapatan sampingan melalui Internet dengan memperuntukkan modal sebanyak RM1000 setelah mengambil kira risiko untung-rugi. Peruntukan ini termasuklah perbelanjaan iklan, promosi dan tajaan di beberapa lamanweb dan blog.

Kini tiba waktu untuk saya berkongsi pengalaman dengan Sdra/Sdri dalam program-program yang telah saya sertai dengan harapan akan dapat membantu Sdra/Sdri membuat pilihan tanpa perlu menyediakan modal yang besar. Selain itu, harapan saya agar Sdra/Sdri dapat mengelak diri daripada terpedaya dengan pelbagai dakwaan dan bukti-bukti hebat yang dihidangkan oleh promoter. Tidak berkat pendapatan yang diperoleh dengan cara memperdaya orang lain.

Yang paling penting, TIDAK ADA JALAN MUDAH untuk menjana pendapatan yang berkat seperti yang didakwa pelbagai pihak, melainkan dengan usaha dan tidak mudah putus asa. Saya pun bermula daripada bawah......

PROGRAM-PROGRAM JANA PENDAPATAN DI INTERNET:

1. PerigiDuit: Modal: RM50 (satu akaun) - Ada produk dijual-beli (e-book). Sehingga kini, terbukti satu program yang berisiko rendah kerana urusan pembayaran tidak melalui admin tetapi antara peserta (pembeli) terus ke akaun bank penjual (reseller). Akaun akan terus aktif untuk jangkawaktu yang panjang. Kepada yang telah mempunyai akaun, lakukan promosi kerana akaun Sdra/Sdri agak lambat meningkat jika semata-mata menunggu limpahan daripada upline.
.
Program ini telah mula beroperasi sejak awal 2007 hingga kini dan tidak menghadapi banyak masalah selain terlebih langganan bandwidth dan spam disebabkan popularitinya.
.
Beberapa akaun saya dan beberapa akaun downlines telah mencapai tahap Top Reseller dan masih menjana pendapatan yang telah mencecah empat angka - hanya bermula dengan RM50, Alhamdulillah. Boleh sertai jika sanggup berusaha sedikit melakukan promosi, tapi taklah boleh jadi jutawan kerana had maksimun pendapatan satu akaun hanya RM64,800. Untuk mendaftar: http://www.perigiduit.com/?ref=gading3 (atau melalui mana-mana akaun aktif di senarai sebelah kiri)
.
2. CintaDuit: Modal: RM60 (satu akaun) - Program berisiko kerana pembayaran ke akaun admin. Ada produk dijual-beli (e-book). Tiada komisen kepada admin. Boleh menjana pendapatan tetapi terdedah kepada penyelewengan dan manipulasi.
.
3. e-jariah: Modal: RM50 (satu akaun) - Program berisiko rendah kerana pembayaran ke akaun peserta tetapi tiada urusan jual-beli e-produk. 20% komisen setiap peserta (RM10) dibayar kepada admin. Admin memang 'buat duit' atas usaha peserta. Program e-jariah ini sama ada telah digantung, disekat atau ditamatkan sejak 19.11.2008.
.
4. Formula Luar Biasa (Pro): Modal RM290 (satu akaun) - Program berisiko kerana pembayaran ke akaun admin. 100% bergantung atas kejujuran admin. Boleh sertai tetapi tidak akan memperolehi pendapatan luar biasa.
.
5. WangLebih: Modal RM100 - Program berisiko tinggi kerana pembayaran ke akaun admin dan sehingga kini saya tidak pernah menerima sebarang komisen walaupun telah memperoleh 19 downlines. Jangan sertai kerana memang SCAM / Penipuan.
.
6. VemmaBuilder: Modal RM390 (satu akaun - Pendaftaran + 1 set produk kesihatan ekstrak kulit manggis) - Program risiko sederhana tetapi diwajibkan maintain pembelian produk kesihatan setiap bulan (RM350 Produk+ sewa web promosi bulanan). Pulangan amat rendah. Hanya memberikan komisen sekitar RM15 bagi setiap downline yang aktif (mereka pun wajib maintain pembelian produk bulanan). Program 'bagi makan dan menternak' upline kerana komisen beberapa level teratas bergantung kepada penyertaan downline yang mampu bertahan membayar RM350 pada setiap bulan. Urusniaga dalam USD melalui Kad Kredit. Kalau pandai promosi, boleh jadi jutawan.
.
7. ClixSense: Modal USD10 (setahun) - Program klik iklan berisiko rendah, pulangan rendah tetapi tidak akan rugi. Jangkaan perolehan setahun: USD30 - USD80. Boleh sertai akaun premium (USD10) untuk memenuhi masa lapang. Urusniaga dalam USD. Bayaran dalam bentuk cek a/c payee ke akaun bank tempatan. Pilihan: Akaun Percuma / Akaun Premium
.
8. AmalJariah.net: Modal RM30. Produk - Buku-buku & CD agama melalui kiriman pos. Komisen RM5 dibayar oleh admin bagi setiap pembeli baru. - Dah lama tutup kedai -
.
9. HANYA-RM10.COM: Modal RM10. Produk e-book Pemuliharaan PC. Modal rendah, risiko boleh diabaikan. Pembayaran melalui admin. Komisen Level 1 (RM2) dan Level 2-8 (RM1). Boleh sertai untuk seronok-seronok.
.
10. RM-BERKAT.COM: Modal RM30. Produk e-book. Modal sederhana risiko tinggi. Pembayaran melalui admin. Komisen pada level 1 & 2 (RM5), Level 3 (RM4), level 4 & 5 (RM3) bagi setiap downline. Sukar nak dapat downline.
.
11. Iklan-30: Modal RM30. Produk: ruangan iklan. Konsep sama seperti RM-BERKAT.COM kecuali bayaran RM20 sebagai Bonus Tajaan. Komisen Level 1 (RM2) manakala Level 2 - 9 (RM1) untuk setiap downline.
.
12. Egyptian Potion: Modal RM20 (RM10 untuk produk - RM10 untuk komisen). Produk: Minyak wangi untuk dijadikan Cenderahati + set e-book. Program pemasaran: Matriks 10x10 pada 5 level - komisen RM2 setiap downline aktif. (Maklumat tidak sama kerana lamanweb tak dikemaskini - penyertaan asal cuma RM10, kini RM20).
.
.
Waspada:
Program 'liquid paper' pelbagai jenama yang tumbuh laksana cendawan selepas hujan berikut yang dipercayai dikendalikan oleh pihak (admin) yang sama menggunakan skrip dan grafik yang diubahsuai, tetapi konsep yang sama: Yang pastinya, jika Sdra/Sdri pernah mendaftar untuk program seumpama itu sebelum ini, Sdra/Sdri akan menerima emel jemputan untuk menyertai 'program baru'.... kerana alamat emel Sdra/Sdri telah pun ada dalam simpanan mereka! (Kes menyalahguna alamat emel untuk tujuan SPAM).
.
Mungkin Sdra/Sdri pernah membaca syarat & peraturan yang mengatakan: Sebarang maklumat yang diberi hanya untuk keperluan admin dan tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan selain daripada pogram ini... tetapi alamat emel Sdra/Sdri direcycle untuk memperkenalkan program-program baru..

Dakwaan Program CintaDuit & MentorJutawan yang meragukan

Logikkah Ahli dapat daftar dan aktifkan akaun pada waktu yang serentak?
Dakwaan yang mengelirukan seumpama inilah yang perlu
kita elak. Ini dah masuk kes 'penipuan' fakta.  
(23/10/2008 hingga 27/10/08 = 2 minggu?   just too glaring!)



Penyata Pendapatan yang dipamerkan adalah milik admin sendiri dan bukan milik peserta/ahli. Cuba lihat Tarikh dan Waktu mendaftar dan mengaktifkan akaun. Peserta TIDAK AKAN dapat akaun yang didaftar dan diaktifkan dalam tempoh masa yang singkat kerana terpaksa mendaftar, kemudian membuat pembayaran ke akaun admin dan selepas itu memaklumkan kepada admin - biasanya mengambil masa antara 1 hingga 8 jam paling cepat! Hanya admin saja yang dapat mendaftar dan mengaktifkan akaun sendiri dalam masa 1 atau 2 minit. Itu adalah jumlah pendapatan admin tetapi dinyatakan Pendapatan Ahli
.
Jadi, berdasarkan pengalaman saya (ulang: pengalaman saya sebagai peserta berbayar - bukan sembrono) dalam kesemua program yang telah dibuat penilaian, hanya program PerigiDuit dan ClixSense yang boleh diberi penarafan 5/5 Bintang.
.
Saya akan cuba menambah ulasan berkaitan program lain yang saya sertai dan masih dalam penilaian saya pada waktu ini.
.
Wallahu'alam.
Catatan: Jika pendapatan telah mencapai haul dan nisab, jangan lupa membayar zakat. Jika tidak, sedekahlah sebahagian drpnya kepada yang memerlukan. InsyaAllah, rezeki pun berkat dan berganda. Jangan tipu, jangan perdaya orang.