Ahad, November 16, 2008

Penilaian terhadap program menjana pendapatan di Internet


Assalamualaikum para pengunjung,

Telah hampir setahun saya membuat pelaburan dalam pelbagai program menjana pendapatan sampingan melalui Internet dengan memperuntukkan modal sebanyak RM1000 setelah mengambil kira risiko untung-rugi. Peruntukan ini termasuklah perbelanjaan iklan, promosi dan tajaan di beberapa lamanweb dan blog.

Kini tiba waktu untuk saya berkongsi pengalaman dengan Sdra/Sdri dalam program-program yang telah saya sertai dengan harapan akan dapat membantu Sdra/Sdri membuat pilihan tanpa perlu menyediakan modal yang besar. Selain itu, harapan saya agar Sdra/Sdri dapat mengelak diri daripada terpedaya dengan pelbagai dakwaan dan bukti-bukti hebat yang dihidangkan oleh promoter. Tidak berkat pendapatan yang diperoleh dengan cara memperdaya orang lain.

Yang paling penting, TIDAK ADA JALAN MUDAH untuk menjana pendapatan yang berkat seperti yang didakwa pelbagai pihak, melainkan dengan usaha dan tidak mudah putus asa. Saya pun bermula daripada bawah......

PROGRAM-PROGRAM JANA PENDAPATAN DI INTERNET:

1. PerigiDuit: Modal: RM50 (satu akaun) - Ada produk dijual-beli (e-book). Sehingga kini, terbukti satu program yang berisiko rendah kerana urusan pembayaran tidak melalui admin tetapi antara peserta (pembeli) terus ke akaun bank penjual (reseller). Akaun akan terus aktif untuk jangkawaktu yang panjang. Kepada yang telah mempunyai akaun, lakukan promosi kerana akaun Sdra/Sdri agak lambat meningkat jika semata-mata menunggu limpahan daripada upline.
.
Program ini telah mula beroperasi sejak awal 2007 hingga kini dan tidak menghadapi banyak masalah selain terlebih langganan bandwidth dan spam disebabkan popularitinya.
.
Beberapa akaun saya dan beberapa akaun downlines telah mencapai tahap Top Reseller dan masih menjana pendapatan yang telah mencecah empat angka - hanya bermula dengan RM50, Alhamdulillah. Boleh sertai jika sanggup berusaha sedikit melakukan promosi, tapi taklah boleh jadi jutawan kerana had maksimun pendapatan satu akaun hanya RM64,800. Untuk mendaftar: http://www.perigiduit.com/?ref=gading3 (atau melalui mana-mana akaun aktif di senarai sebelah kiri)
.
2. CintaDuit: Modal: RM60 (satu akaun) - Program berisiko kerana pembayaran ke akaun admin. Ada produk dijual-beli (e-book). Tiada komisen kepada admin. Boleh menjana pendapatan tetapi terdedah kepada penyelewengan dan manipulasi.
.
3. e-jariah: Modal: RM50 (satu akaun) - Program berisiko rendah kerana pembayaran ke akaun peserta tetapi tiada urusan jual-beli e-produk. 20% komisen setiap peserta (RM10) dibayar kepada admin. Admin memang 'buat duit' atas usaha peserta. Program e-jariah ini sama ada telah digantung, disekat atau ditamatkan sejak 19.11.2008.
.
4. Formula Luar Biasa (Pro): Modal RM290 (satu akaun) - Program berisiko kerana pembayaran ke akaun admin. 100% bergantung atas kejujuran admin. Boleh sertai tetapi tidak akan memperolehi pendapatan luar biasa.
.
5. WangLebih: Modal RM100 - Program berisiko tinggi kerana pembayaran ke akaun admin dan sehingga kini saya tidak pernah menerima sebarang komisen walaupun telah memperoleh 19 downlines. Jangan sertai kerana memang SCAM / Penipuan.
.
6. VemmaBuilder: Modal RM390 (satu akaun - Pendaftaran + 1 set produk kesihatan ekstrak kulit manggis) - Program risiko sederhana tetapi diwajibkan maintain pembelian produk kesihatan setiap bulan (RM350 Produk+ sewa web promosi bulanan). Pulangan amat rendah. Hanya memberikan komisen sekitar RM15 bagi setiap downline yang aktif (mereka pun wajib maintain pembelian produk bulanan). Program 'bagi makan dan menternak' upline kerana komisen beberapa level teratas bergantung kepada penyertaan downline yang mampu bertahan membayar RM350 pada setiap bulan. Urusniaga dalam USD melalui Kad Kredit. Kalau pandai promosi, boleh jadi jutawan.
.
7. ClixSense: Modal USD10 (setahun) - Program klik iklan berisiko rendah, pulangan rendah tetapi tidak akan rugi. Jangkaan perolehan setahun: USD30 - USD80. Boleh sertai akaun premium (USD10) untuk memenuhi masa lapang. Urusniaga dalam USD. Bayaran dalam bentuk cek a/c payee ke akaun bank tempatan. Pilihan: Akaun Percuma / Akaun Premium
.
8. AmalJariah.net: Modal RM30. Produk - Buku-buku & CD agama melalui kiriman pos. Komisen RM5 dibayar oleh admin bagi setiap pembeli baru. - Dah lama tutup kedai -
.
9. HANYA-RM10.COM: Modal RM10. Produk e-book Pemuliharaan PC. Modal rendah, risiko boleh diabaikan. Pembayaran melalui admin. Komisen Level 1 (RM2) dan Level 2-8 (RM1). Boleh sertai untuk seronok-seronok.
.
10. RM-BERKAT.COM: Modal RM30. Produk e-book. Modal sederhana risiko tinggi. Pembayaran melalui admin. Komisen pada level 1 & 2 (RM5), Level 3 (RM4), level 4 & 5 (RM3) bagi setiap downline. Sukar nak dapat downline.
.
11. Iklan-30: Modal RM30. Produk: ruangan iklan. Konsep sama seperti RM-BERKAT.COM kecuali bayaran RM20 sebagai Bonus Tajaan. Komisen Level 1 (RM2) manakala Level 2 - 9 (RM1) untuk setiap downline.
.
12. Egyptian Potion: Modal RM20 (RM10 untuk produk - RM10 untuk komisen). Produk: Minyak wangi untuk dijadikan Cenderahati + set e-book. Program pemasaran: Matriks 10x10 pada 5 level - komisen RM2 setiap downline aktif. (Maklumat tidak sama kerana lamanweb tak dikemaskini - penyertaan asal cuma RM10, kini RM20).
.
.
Waspada:
Program 'liquid paper' pelbagai jenama yang tumbuh laksana cendawan selepas hujan berikut yang dipercayai dikendalikan oleh pihak (admin) yang sama menggunakan skrip dan grafik yang diubahsuai, tetapi konsep yang sama: Yang pastinya, jika Sdra/Sdri pernah mendaftar untuk program seumpama itu sebelum ini, Sdra/Sdri akan menerima emel jemputan untuk menyertai 'program baru'.... kerana alamat emel Sdra/Sdri telah pun ada dalam simpanan mereka! (Kes menyalahguna alamat emel untuk tujuan SPAM).
.
Mungkin Sdra/Sdri pernah membaca syarat & peraturan yang mengatakan: Sebarang maklumat yang diberi hanya untuk keperluan admin dan tidak akan digunakan untuk sebarang tujuan selain daripada pogram ini... tetapi alamat emel Sdra/Sdri direcycle untuk memperkenalkan program-program baru..

Dakwaan Program CintaDuit & MentorJutawan yang meragukan

Logikkah Ahli dapat daftar dan aktifkan akaun pada waktu yang serentak?
Dakwaan yang mengelirukan seumpama inilah yang perlu
kita elak. Ini dah masuk kes 'penipuan' fakta.  
(23/10/2008 hingga 27/10/08 = 2 minggu?   just too glaring!)



Penyata Pendapatan yang dipamerkan adalah milik admin sendiri dan bukan milik peserta/ahli. Cuba lihat Tarikh dan Waktu mendaftar dan mengaktifkan akaun. Peserta TIDAK AKAN dapat akaun yang didaftar dan diaktifkan dalam tempoh masa yang singkat kerana terpaksa mendaftar, kemudian membuat pembayaran ke akaun admin dan selepas itu memaklumkan kepada admin - biasanya mengambil masa antara 1 hingga 8 jam paling cepat! Hanya admin saja yang dapat mendaftar dan mengaktifkan akaun sendiri dalam masa 1 atau 2 minit. Itu adalah jumlah pendapatan admin tetapi dinyatakan Pendapatan Ahli
.
Jadi, berdasarkan pengalaman saya (ulang: pengalaman saya sebagai peserta berbayar - bukan sembrono) dalam kesemua program yang telah dibuat penilaian, hanya program PerigiDuit dan ClixSense yang boleh diberi penarafan 5/5 Bintang.
.
Saya akan cuba menambah ulasan berkaitan program lain yang saya sertai dan masih dalam penilaian saya pada waktu ini.
.
Wallahu'alam.
Catatan: Jika pendapatan telah mencapai haul dan nisab, jangan lupa membayar zakat. Jika tidak, sedekahlah sebahagian drpnya kepada yang memerlukan. InsyaAllah, rezeki pun berkat dan berganda. Jangan tipu, jangan perdaya orang.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya nak komen pasal VeMMABUILDER.Kenyataan tuan kurang tepat.Memang biz ni kena maintain tiap bulan tapi kalau setakat bayar RM 350 dan dapata balik RM 15 je saya pun tak nak.Tapi saya baru join 2 bulan dengan biz ni dah dapat hampir RM 2000,camana tu.Saya rasa sedara tak join VeMMA tapi beri komen pasal vemma.Jadi kalau sedara tak dapat maklumat yang tepat jangan beri komen seberono je.Saya tahu sedara nak promot web yg sedara join supaya ada orang tambah pendapatan sedara tapi beri komen tepat agar orang x keliru.Kalau sedara kata perigiduit boleh buat duit,saya dah join hampir setahundah tapi satu sen pun tak dapat,camana tu.Mungkin tuan x join web pokokduit yg ni lagi boleh buat duit,saya baru join 3 bulan dah dapat RM 2000 lebih dah,jadi macamana tu.Boleh dikatakan mana web yg tuan join saya pun ada join tapi saya x mahu komen tentang tu cuma sekarang saya tumpu VeMMA sebab vemma saja yg boleh jadikan kita jutawan jika betul2 buat.Program reseller lain sekadar boleh dapat duit sikit je,itu pengalaman saya.ok itu saja dulu.Maaf jika komen saya ni buat anda semua rasa kurang senang.

Gading @ perigiDuit berkata...

Maafkan saya Tuan,
saya tulis ini kerana Allah, berdasarkan pengalaman, bukan sembrono. Saya rasa saya lebih awal menyertai Vemma drp Tuan, iaitu November 2007, tapi rezeki saya tak ada di situ. Memang Vemma bayar saya RM15 terus ke akaun kad kredit saya. Begitu juga di PerigiDuit, rezeki yg Allah berikan jauh, jauh lebih banyak drp hampir RM2000 yg Sdra perolehi di Vemma. Alhamdulillah. So, itu rezeki masing-masing. Saya menyatakan hal yang sebenar dan memberi pilihan kepada pengunjung. Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

Ya Salam Tuan,
Jadi hakikat sebenarnya bukan program tu yg tak betul tapi individu itu sendiri yg bermasalah ye.Kalau join apa2 program pun diri kita yang patut dipuji atau disalahkan jika berjaya atau gagal bukan program.Setuju gitu Tuan.

Gading @ perigiDuit berkata...

Waalaikumussalam,
Yang itu, saya setuju. Dan memang hasrat saya menyediakan peruntukan awal RM1000 semata-mata untuk menguji program-program berkenaan dan Vemma adalah program pertama yang saya sertai sebelum opt out kerana dapat ramai downline, tapi seorang saja yang aktif - dapatlah RM15 (kira-kira USD4). Rezeki dah memang Allah Taala tentukan, so kita kena usaha mencari, mencuba dan berusaha. Jadi, harap tak salah kalau saya menceritakan pengalaman sebenar saya apa lagi kerana saya telah membelanjakan wang saya. As a one-time-paying-customer of Vemma, I have my rights to put forward and share my experience, good or bad. Terima kasih.